Di sini aku berdiri
Berbicara tentang kehidupan
Berbicara tentang ombak lautan
Berbicara tentang rumput di bumi
Berbicara tentang bintang di langit
Berbicara tentang bunga di taman
Berbicara tentang keagungan Sang Pencipta
Tentang apa saja
Di sini aku tetap berdiri
Tetap berfikir
Tetap waspada
Tetap terjaga
Tetap berjalan
Tetap berdoa
Tetap mencari
Damai yang sejati
Di sini aku telah belajar
Bahawa tidak selamanya hidup ini indah
Bahawa tidak semua yang kuharapkan menjadi kenyataan
Bahawa ujian dan cobaan pasti akan datang
Disini aku telah belajar
Tiada kejadian yang harus disesali dan ditangisi
Kerana segalanya telah dijadikan-Nya
Indah bagiku
29 MAC 2008
Taman Sri Serdang
No comments:
Post a Comment