Tuesday, May 13, 2008

PUISI BUAT SAHABATKU SAMDESWARI

Sahabat,
Terima kasih buatmu
Kerana sudi menghulurkan persahabatan
Buat diriku
Insan yang kerdil

Samdeswari namamu
Secantik dirimu
Seindah wajahmu
Sesuci peribadimu
Meski kita berbeza suku bangsa dan agama
Kau bangsa India aku bangsa Dusun
Namun tali kasih kita tersimpul erat
Takkan terputus

Sahabat,
Hatimu tulus bak salju
Wajahmu ceria bak mentari
Alunan langkahmu bak aliran air sungai
Menghuni duniaku
Mencipta puisi indah
Mencatat ceria
Melakarkan warna-warna pelangi
Buat diriku

Sahabat,
Bilaku sedih kau disisiku
Bilaku jatuh kau mengangkatku
Bilaku menangis kau menyapu airmataku
Bilaku resah gelisah kau menguatkanku
Bila ku ketawa kau tetap bersamaku

Sahabat,
Warna-warna persahabatan yang kau hulurkan
Akanku abadikan
Biar seluruh dunia tahu
Betapa tulusnya persahabatanmu
Buat diriku
Insan yang kerdil

12 APRIL 2008
P7 UPM.

No comments: